01 December 2009
Raya Korban Datang Lagi..
Alhamdulillah kerana tahun ini kita masih lagi dapat bernafas dgn makna kata hidup. Umat Islam dituntut melakukan ibadah korban bersempena dengan Aidil Adha / Hari Raya Haji / Hari Raya Korban. Orang yg mampu dari segi kewangan, wajiblah dia menunaikan rukun islam yg kelima itu, yakni ibadah haji..bagi yg kurang mampu blh la dia melakukan ibadah korban. Samalah konsepnya dgn menunaikan haji iaitu pengorban utk ke jalan Allah..
Sebut mengenai peristiwa dan sejarah korban. Pastinya di kotak pemikiran kita telah terlintas pengorbanan Nabi Ibrahim..Alhmdlh kerana ada juga terlintas di pemikiran anda. Lagi teruk mereka yg tidak memberi tindak balas terhadap peristiwa korban beerti mungkin dia tidak tahu atau terlupa. Sebenarnya korban telah berlaku sejak Nabi Adam lagi.
1. Nabi Adam
Pada zaman Nabi Adam berlaku peristiwa korban yg melibatkan anaknya iaitu Qabil dan Habil. Menurut kitab2 sejarah Islam, Qabil telah memiliki kekayaan bagi kelompok golongan petani manakala Habil memiliki kekayaan bagi kelompok penternak. Pada masa itu telah ada perintah dari Allah supaya sebahagian dari hasil2 mereka perlu dikeluarkan utk korban. Maka mereka berdua mengeluarkan sebahagian dari hasil2 mereka, Qabil mengeluarkan hasil pertanian manakala Habil mengeluarkan hasil penternakan. Tetapi berlaku perbezaan dari segi pengeluaran hasil2 utk ibadat korban. Qabil mengeluarkan hasil2 yg terbaik dari yg baik2 belaka berbeza dengan Habil dengan hanya mengeluarkan hasil2 yg sebaliknya.
Kisah itu disebutkan dalam firman Allah yg bermaksud :
" Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) Yang berlaku Dengan sebenarnya, Iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari Yang lain (Qabil). berkata (Qabil):" Sesungguhnya Aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang Yang bertaqwa ". surah al-Maidah : ayat 27
Jelaslah bahawa korban Habil diterima atas sebab niat yg ikhlas dan taat. Dan Qabil pula tidak diterima korbannya kerana ada unsur tidak ikhlas dan taat. Maka berlakulah peristiwa pembunuhan terhadap Habil yg mana itu adalah pembunuhan yg pertama di atas muka bumi ini.
2. Nabi Ibrahim
Korban yg disyariatkan adalah dari sejarah kepada Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail. Yang mana Nabi Ibrahim telah mendapat mimpi yakni Allah memerintah supaya menyembelih anak yg disayanginya, Nabi Ismail. Maka Nabi Ibrahim bertanya pendpt anaknya, anaknya berkata lakukanlah jika ia kerana Allah. Dengan itu Nabi Ibrahim melakukannya dengan ikhlas dan penuh ketaatan. Begitulah tinggi ujian Allah terhadap Nabi Ibrahim, dgn keikhlasannya Allah menggantikan tmpat Nabi Ismail dgn seekor kibas. Gambaran peristiwa itu memberi kita maksud korban yg tinggi yg mana ketaatan kita sebgai hamba dan juga keikhlasan yg tinggi membuahkan hasil utk mendapatkan kemulian disisi Allah. Berkorban lah di jalan Allah tanpa memikirkan ganjaran yg akan diraih. Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 pemberi ganjaran.
Bagi seorang pejuang, perlu ada pengorbanan dalam diri utk mencapai kejayaan bukan dengan hanya berjuang tetapi tidak ada dlm diri kemahuan utk berkorban. Carilah keredhaan Allah utk mendekatkan diri kepada-NyA.
Sebenarnya syariat dan ibadah korban itu bukan lah terhad utk setahun sekali. Apa yg penting adalh penilaian Allah kepada keikhlasan hambanya dalam melakukan pengorbanan. Dalam peristiwa Nabi Ibrahim, Allah bukan mahukan darah dan daging Nabi Ismail tetapi mahukan keikhlasan dan ketaatan yg ada pada Nabi Ibrahim. Allah sekadar mahu menguji keimanan Nabi Ibrahim.
Dengan ekonomi meningkat sekarang, akan wujud rasa berat utk melakukan korban. Akan tetapi ibadah ini akan menjadi ringan sekiranya ia dilakukan dengan penuh keikhlasan. Dengan berkorban juga menggalakan kita bersedekah kepada fakir miskin. justeru meringankan beban org2 fakir dan dapat juga kita mengeratkan silaturrahim sewaktu melakukan sembelihan binatang korban secara bergotong royong. Allah menciptakan sesuatu itu bukan sia-sia tetapi penuh dengan manfaat yg blh dikongsi oleh smua makhluk Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)
Hukum melaksanakan ibadah korban
Hukum asal ibadah korban itu adalah sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya. Walaubagaimanapun ianya boleh menjadi wajib apabila dinazarkan.
Allah berfirman :
" kami anugerahkan kepadamu sebuah sungai di syurga maka bersolatlah untuk Tuhanmu dan bersembelihlah (berkorban).
Nabi Muhammad menyatakan :
"diwajibkan ke atas saya dan tidak diwajibkan ke atas kamu"
(Riwayat Imam Tirmizi
WAKTU MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN
Waktu penyembelihan korban bermula sesudah matahari terbit pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) dan sesudah kadar selesai sholat dua rakaat sholat hari raya dan dua khutbah pendek/ringan. Manakala yang afdhalnya adalah ketika matahari naik segalah. Waktu penyembelihan korban berlanjutan sehingga terbenamnya matahari 13 Zulhijjah. Ringkasnya: 10 Zulhijjah – 13 Zulhijjah.
hadis nabi
"perbesarkanlah oleh kamu akan sekalian korban kamu kerana bahawasanya ia menjadi tunggangan kamu diatas titian sirat kelak pada Hari Kiamat".
Binatang yg dibolehkan utk korban
1. unta : 5 thn ke atas – 7 bahagian
2. lembu/kerbau : 2 thn ke atas – 7 bahagian
3. kambing : 2 thn ke atas - 1 bahagian
4. biri2/kibas : 1 ½ thn - 1 bahagian
Sunat-sunat ketika menyembelih binatang
korban:-
1. Membaca Basmalah
2. Selawat ke atas nabi
3. Menghadap kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah
korban itu.
Binatang yg tidak dibolehkan utk korban
-Binatang yang buta atau rosak matanya
-Binatang yang jelas tempang kakinya
-Binatang yang nyata sakitnya sehingga menjadikan binatang tersebut kurus dan kurang dagingnya
-Binatang yang kurus sama ada kerana sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya
-Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga sejak dilahirkan kerana telah hilang sebahagian anggota yang boleh dimakan dan mengurangkan dagingnya
-Binatang yang berpenyakit gila
-Binatang yang bunting
p/s : Jika ternakan korban mengalami kecederaan, terutama semasa proses pengangkutan,
prinsip yang menjadi ukuran sah atau tidak ibadat korban itu ialah sama ada dagingnya
berkurangan ataupun tidak. Sebagai contoh, sekiranya ada anggota tubuhnya yang terputus atau kudung maka tidak sah dijadikan korban. Akan tetapi jika ia hanya mengalami patah tulang atau terseliuh, maka hukumnya tetap sah dikorbankan kerana tidak menjejas kualiti dagingnya.
Kesimpulan mengikut ulamak Syafii'adalah Sebarang kecacatan yang menjejas nilai (kualiti) daging korban tidak harus wujud pada ternakan yang hendak dikorban. Ia tidak sah dijadikan ibadat korban. Akan tetapi,
kecacatan yang tidak mengurangkan nilai (kualiti) daging, hukumnya harus dan sah dijadikan ternakan korban.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment