Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

05 December 2009

Majlis Korban Peringkat Surau PSP Cheras

CHERAS - 27 NOVEMBER 2009 bersamaan dengan 10 ZULHIJJAH, pada hari Jumaat telah berlangsung Ibadah Korban di markas PSP cheras. Solat sunat Aidil Adha telah di imamkan oleh Ust. Firdaus dan khutbah disampaikan oleh Ust. Shahrul Rizal. Solat bermula kira-kira pukul lapan setengah. Menurut Imam Surau Ehsaniah, Sarjan Aziz, sebanyak 2 ekor lembu di korban kan pada tahun ini di markas psp. jumlah ini berkurangan dari tahun-tahun lepas. Daripada 2 ekor lembu tersebut, seekornya adalah sumbangan Dato' Zulhasnan. Lembu-lembu tersebut disembelih oleh Imam (S)Aziz. Anggota-anggota fru dan warga psp turut memberi sumbangan tenaga dalam melakukan kerja-kerja melapah, memotong, menyukat, membasuh, memasak, membasuh, dan sebagainya. Kerja-kerja tersebut terpaksa dilakukan dgn pantas kerana Korban tersebut dilakukan pada hari Jumaat, jadi terpaksalah menyiapkan semua kerja-kerja tersebut sebelum pukul 12 kerana Jumaat pada hari itu waktunya adalah awal. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Komander PSP dan Tuan Haji Mahadi. Alhamdulillah cuaca pada hari itu dalam keadaan yg baik. Jiran PSP, iaitu PGA melakukan korban pada hari Sabtu.


Ibadah korban adalah utk meningkatkan ketaqwaan kita kpd Allah. Nilai berapa yg kita terlibat, berapa bahagian, berapa ekor tidaklah penting sebenarnya dan tidak ada nilainya di sisi Allah tetapi yg menjadi ukuran pada penilaian Allah adalh keihslasan dan ketaqwaan sebenarnya....



kelihatan Tuan Haji Mahadi dengan berbaju melayu Ungu kebiruan.






wajah-wajah warga psp yg turut membantu meringankan dan mempercepatkan majlis korban..






Sebelum Penyembelihan Lembu Korban




Aktiviti Melapah lembu




Sekitar Mencincang Dan Memotong Daging




alhmdlh..majlis berjalan lancar..semoga Allah memberkati korban2 yg telah dilakukan baru-baru ini...

No comments:

Post a Comment