Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

24 August 2009

Kaitan Kurma antara Sunnah dan Sains

1-MENURUT Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma yang segar sebelum menunaikan solat (Maghrib). Sekiranya tidak ada kurma yang segar, baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa cedok air.
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

2-Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan daripada Sulaiman bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma. Sekiranya tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu bersih lagi membersihkan.


3-Diriwayatkan dari Anas bin Malik yang berkata: “Adalah Nabi (SAW), tidak berangkat menuju musolla kecuali baginda memakan beberapa biji kurma, dan baginda memakannya dalam jumlah bilangan ganjil.”
(Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim).

4-Amalan berbuka Rasulullah SAW menggambarkan kurma itu banyak khasiatnya, terutama untuk badan yang keletihan selepas sehari berpuasa.

5-Kajian sains terkini turut memperakui kelebihan buah kurma yang mengandungi kebanyakan nutrien penting yang diperlukan badan. Sesetengah pihak turut mendakwa buah kurma mampu mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit.

6-Pada asasnya, kurma mengandungi gula yang mudah diserap badan, memberikan tenaga segera dan berpanjangan untuk menjalankan aktiviti harian atau sembahyang tarawih pada malam hari sepanjang Ramadan. Kandungan serat yang tinggi di dalamnya pula melambatkan rasa lapar ketika berpuasa, dan mempercepatkan rasa kenyang ketika berbuka supaya kita tidak makan secara berlebihan. Kelebihan ini menjadikannya buah yang amat sesuai dimakan ketika bersahur atau berpuasa.

7-Kajian saintifik seluruh dunia mendapati kurma bukan sahaja mengandungi jumlah karbohidrat (gula) yang tinggi malahan turut mengandungi pelbagai vitamin penting seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asam nikotinat (yang baik untuk usus) dan bermacam-macam lagi. Kurma juga didapati mengandungi banyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium. Buah ini turut mengandungi kalium yang khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.

Setiap 100 gram kurma kering mengandungi 50 IU vitamin A, 0.09 miligram (mg) tiamin, 0.10 mg riboflavin, 2.20 mg niasin, serta 666 mg kalium. Kesemua nutrien penting ini berfungsi membantu membebaskan tenaga yang cukup, menjaga kesihatan kulit dan saraf serta membantu fungsi jantung. Diet yang ditambah buah kurma dikatakan dapat membakar kalori berlebihan badan dengan setiap biji kurma mampu mengurangkan sebanyak 3,470 kalori.

Mencegah

Kurma dan produk berasaskan kurma sering dikaitkan dengan pencegahan, malahan rawatan sesetengah penyakit kronik badan. Ini berikutan jenis dan jumlah nutrien di dalam setiap buah kurma memainkan peranan di dalam membantu fungsi badan berjalan lancar.

Sebagai contoh, serat di dalam kurma bukan sahaja melambatkan rasa lapar dan mempercepatkan rasa kenyang. Kandungan serat yang tinggi turut membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus, seterusnya membantu proses perkumuhan dan penyingkiran toksin dari badan.

Kurma juga dikaitkan dengan peranan membantu meningkatkan fungsi sistem badan, sekaligus mencegah penyakit melalui:

1 Pengurangan tekanan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko angin ahmar dan risiko sakit jantung.

2 Kalium di dalam kurma dapat membantu membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.

3 Kandungan kalium yang tinggi juga mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.

4 Mengelakkan sembelit, radang usus, anemia dan sebagainya.

5 Mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis di samping menyihatkan sel darah merah.

6 Mencegah lemah otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan.

Melihatkan kandungan nutrien dalam setiap biji buah kurma dan khasiatnya untuk kesihatan, diet yang ditambah buah kurma amat disarankan, bukan hanya pada bulan Ramadan, malahan bila-bila masa sahaja. Kelebihan buah ini juga bukan hanya untuk dinikmati umat Islam tetapi semua bangsa di Malaysia, tidak mengira agama atau usia patut mencubanya.

Beberapa pihak juga dilihat telah mula mengambil langkah mempelbagaikan cara hidangan kurma sama ada dalam masakan atau sebagai jus buah. Ini diharapkan dapat meningkatkan diet buah kurma di negara ini supaya khasiat dan kelebihannya dapat dinikmati ramai dan bukan hanya dinikmati pada masa tertentu sahaja. Kurma banyak kelebihannya dan bukan hanya untuk Ramadan semata-mata.

17 August 2009

Persediaan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan

5 hari lagi umat islam khususnya di Malaysia akan menyambut kedatangan bulan ramadhan.. pastinya ada org yg mengeluh dan gembira. Bagi yg mengeluh kemungkinan mereka ini masih belum pun habis m'Qadakan puasa2 mereka yg tertiggl dahulu, ada yg mengeluh duit tak cukup, brg2 rumah belum ditukar, langsir perabot dan sbgainya. Begitu juga kakitangan kerajaan yg masih menanti bonus raya. Anak-anak pastinya merasa gembira kerana baju raya mereka sudah pun diukur. Pastinya tidak sabar melihat baju raya mereka. Bagi ibubapa pastinya pening kepala memikirkan perbelanjaan bagi persiapan ramadhan dan raya. dan sesetgh mereka yg lain mgkin gembira kerana mengingatkan janji2 Allah tentang ganjaran di bulan Ramadhan yg mana bulan Ramadhan itu adalah bulan yg berlipat ganda ganjarannya.. Mereka tidak sabar untk beribadat pada bulan Ramadhan yg didalamnya terdapat Lailatul Qadar.



Bagi peniaga2 sudah tentunya bulan Ramadhanlah yg paling menguntungkan.Begitu juga tukang jahit dan pembuat kuih raya. sedar tak sedar, berapakah org yg betul2 mghayati bulan Ramadhan.??
Allah menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan latihan kepada hambanya. yg mana tidak pernah pergi berjemaah di masjid atau surau. Ramadhanlah yg akan melatih mereka untk slalu berjemaah dimasjid melalui solat terawih. Sedekah dibulan ramadhan akan mnyebabkan mereka terlatih utk di praktikkan pada bulan2 biasa. Jadinya, Ramadhan ini sebagai pentas utk melatihkan diri utk beribadat kpd Allah. Inilah masa untk memperbaiki diri kita. Anggap lah bulan Ramadhan yg bakal tiba ini sebagai bulan kursus bagi umat Islam.




Allah memerintahkan supaya Malaikat Malik utk menutup pintu neraka manakala menyuruh Malaikat Ridhwan membuka seluas-luas pintu syurga. Allah juga membelenggu syaitan. Ada sesetgh mereka mengatakan sekiranya syaitan di rantai tapi mengapakah masih lagi ada org yg menggalkan puasa, melakukan perkara yg tidak sepatutnya dilakukan. wlupn sebulan syaitan dibelenggu. tetapi pengaruh dan hasutan syaitan masih ada didalam diri manusia.


Al-Quran juga diturunkan dibulan Ramadhan.Bacalah dan bertadaruslah pada bulan Ramadhan. Berhubung dengan ini Allah berfirman, “Dan mereka yang telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Baqarah ayat 121) dan Nabi bersabda:"sebaik-baik kamu adalah sesiapa yg belajar tntg Al-Quran dan mengajarkannya pula".

04 August 2009

Majlis Sambutan Israk Mikraj peringkat PSP Kuala Lumpur

CHERAS....Pada 24hb julai 2009 , hari Jumaat bersamaan 2 Syaaban 1430H telah berlangsung majlis sambutan Israk Mikraj peringkat PSP KL di Dewan Perdana Markas PSP,Cheras. Majlis bermula kira-kira jam 0900 pagi dengan kehadiran YDH. TIMB. KOMANDER PSP MALAYSIA. Majlis ini dihadiri seramai kira-kira 150 orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan, Anggota PSP serta kakitangan awam.

Bermula dengan perasmian oleh YDH. TIMB. KOMANDER PSP MALAYSIA, majlis dipengerusikan oleh Ketua Cawangan BAKA PSP KL Unit 4.Majlis dianjurkan oleh Bahagian Agama & Kaunseling PSP dengan kerjasama Surau Ehsaniah. Majlis lagi diberkati dengan bacaan doa oleh Ketua Cawangan BAKA PSP KL Unit 1 iaitu Ustaz Solahuddin Bin Suib. Majlis berlangsung kira-kira 2jam setengah dengan ceramah yang dipanelkan oleh Ustaz Abdul Fatah Bin Yusof berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj.










Pengisian yang bermotifkan kesedaran tentang peristiwa yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad ketika beliau dalam keadaan bersedih.







Sebagai umat Muhammad, wajib kita mengetahui tentang sejarah beliau. Sedangkan beliau dalam keaadan tenat dan nazak, beliau masih memikirkan umatnya. Jadi kemana perginya kecintaan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W.




Turut hadir pada majlis tersebut Tuan Nik & Tuan Bakhtiar



Dihadiri juga oleh Tuan Syubli selaku pengerusi Surau Ehsaniah dan YDH. TIMB. Komander PSP Malaysia.

terup wanita juga tidak ketinggalan memenuhi ruang2 dewan.






Ustaz Rizal BAKA Unit 4 PSP KL
Ustaz Solahuddin BAKA Unit 1 PSP KL









penantian ketibaan kehormat yang membawa kepada kelaparan...





sumbangan ikhlas dari Surau Ehsaniah kepada Saudara baru



turut hadir majlis